Thursday, 21 July 2016

Sambutan Hari Raya KTDKL meriah





























Bandar Baru Bangi, 21 Julai 2016 - Telah berlangsungnya majlis sambutan Aidilfitri 1437 anjuran pelajar KTDKL kerjasama pakcik-pakcik haluan pada 21 Julai 2016 bersamaan 22 Syawal 1437 baru-baru ini. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Kolej Teknologi Darul Naim Kuala Lumpur. 




Alhamdulillah, ramai yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dan sekaligus bertugas untuk menjamu selera. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh pelajar KTDKL, saudara Prof Madya Nordin .Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Muhammad Fittry Aqshah dimana. 



Majlis kemudiaannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua eksekutif. Terlebih dahulu beliau mengucapkan terima kasih pada hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Beliau juga menyentuh tentang persaudaraan sesama umat Islam yang perlu diperkukuhkan bagi melahirkan rasa keterikatan sesama kita. Sebelum majlis makan bermula, Muhammad Nik dijemput untuk membacakan doa bagi memberkati majlis seterusnya membaca doa makan.




Waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera pelbagai juadah yang disediakan. Dikesempatan itu juga, Turut ada pada waktu itu ialah lagu-lagu raya dimainkan bagi memeriahkan lagi suasana majlis pada waktu itu. Moga Allah menerima amalan kita semua sebagai amalan soleh untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Wallahu’alam.



No comments:

Post a Comment