Bangi
, KTDKL , 20 Julai – “Pilihanraya kampus mengajar
dan memberi pengalaman kepada mahasiswa berkaitan dengan proses-proses
pilihanraya yang serupa dengan pilihanraya umum. Ini secara tidak langsung
menimbulkan kesedaran politik dan memberikan peluang kepada mahasiswa untuk
memilih pucuk pimpinan mereka.” kata Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
sesi 2016/2017, saudara Muhammad Mukmin Bin Noramazlan berkenaan kepentingan
pilihanraya kampus kepada pelajar universiti khususnya pelajar Kolej Teknologi
Darulnaim (KTDKL).
Pilihanraya KTDKL akan
diadakan pada semester pertama bagi sesi 2016/2017 dimana ia akan turut
melibatkan mahasiswa dan mahasiswi yang baru mendaftar untuk turut mengundi.
Mereka belum memahami keadaan di KTDKL yang mana mungkin akan memudahkan mereka
untuk dipengaruhi dengan pelbagai strategi oleh calon-calon pemimpin.
Mengulas perkara ini , Prof. Madya Nordin Bin Endut , Ketua Eksekutif KTDKL
berkata “Pada pandangan saya, para
pelajar terutamanya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang baru ini wajar terlibat
dengan pilihanraya kampus. Hal ini adalah kerana suara, pandangan, cadangan dan
kehendak mereka perlu dilontarkan melalui pilihanraya kampus. Para pelajar
diberikan hak dan kebebasan untuk melontarkan suara dan bantahan serta
mengemukakan cadangan kepada pihak bertanding supaya bakal pemimpin dapat
merealisasikan kehendak mereka demi kebaikan semua pelajar.”
Harapan Ketua
Eksekutif untuk pilihanraya kampus yang akan datang ialah “Saya berharap agar
proses pilihanraya tersebut dapat dilaksanakan dengan telus dan tidak ‘bias’ kepada mana-mana pihak serta
memberikan ruang kepada mahasiswa untuk berkempen di seluruh kawasan lingkungan
KTDKL.” Manakala saudara Muhammad Mukmin Bin Noramazlan pula berharap
pilihanraya kampus pada tahun ini bersih dari segala bentuk keganasan,
provokasi melampau, cantas-mencantas antara satu sama lain, tiada campur tangan
daripada pihak luar, dan pertelagahan antara pihak-pihak yang bertanding.
Kempen perlulah diadakan secara matang dan tidak terikut-ikut rentak politik
luar kampus.
Diolah oleh –
Nurul Syarafana Binti Saifrudin
Putri Nur Syuhada Binti Abd Ghafar
Miza Izzati Binti Ruzaimi
No comments:
Post a Comment