Thursday, 21 July 2016

Ceramah PESAT Umum - Kepimpinan


BANDAR BARU BANGI, Julai 2016 – Baru-baru ini Tn. Hj Mohd Taib bin Pardi. Majlis dimulakan dengan tazkirah selama 7 minit disampaikan oleh saudara  Ahmad Najmi Bin Mohd Azmi yang di pegerusikan oleh muhammad fittry aqshah bin normat. 


Antara tajuk-tajuk yang dilebarkan adalah siapa itu pemimpin, apa tamggungjawab pemimpin, dan siapa yang layak menjadi pemimpin.
Pemimpin boleh dikelaskan kepada dua iaitu pengurus dan ketua:-


PENGURUS
- hanya menumpukan kepada short term result.
KETUA
-lebih tertumpu kepada keputusan bersama

Terdapat juga beberapa ‘unnecessary connections’ ataupun trait yang tidak semestinya ada untuk menjadi seorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang bertakwa tidak semestinya layak untuk menjadi seorang pemimpin, orang yang lebih muda juga layak menjadi seorang pemimpin dengan syarat individu tersebut memiliki ‘sets of skills’ yang diperlukan mengikut bidang yang diceburi. Individu tersebut juga tidak perlu orang bertubuh badan sasa.

Antara ciri-ciri yang perlu untuk menjadi pemimpin adalah, kebolehan untuk menganalisa, memahami dengan cepat, boleh mengagak, smart question & smart comments. Seseorang itu juga perlu mengambil inisiatif seperti melaksanakan projek, mengemukakan idea, mengetuai sebuah kumpulan atau unit, memulakan sebuah organisasi & kreativiti.










Akhir sekali pemimpin itu memerlukan keberanian dalam menangani berbagai situasi seperti kebolehan untuk menangani situasi yang menakutkan, meluahkan idea dengan jelas, menerima kritikan & mempengaruh orang lain.

Artikel disunting oleh;

Amir Akmal & Fittry Aqshah

No comments:

Post a Comment