Friday, 22 July 2016

Majlis Penyerahan Duit Raya kepada pelajar


Julai 2016 - Majlis ringkas diadakan bagi menyampaikan sumbangan duit raya kepada para pelajar KTDKL.

Sumbangan HALUAN Cawangan Putrajaya.










Pendaftaran Mahasiswa Baru ke KTDKL lancar

18 Jun - Hari ini merupakan detik bersejarah buat beberapa mahasiswa baru yang mendaftar masuk.

Saudara Mukmin Noram Azlan sedang mendaftar.








Pengarah program Minggu Haluan Siswa KTDKL sedang mempengerusikan Majlis Taklimat Ibubapa & pelajar




Mahasiswa KTDKL bersama sukarelawan HALUAN membantu saudara di Palestin

Bandar Baru Bangi, Jun 2016

Pelajar KTDKL bersama-sama sukarelawan HALUAN dalam membantu mengumpul sumbangan orang ramai di Bazar Ramadhan Seksyen 16 di sini.

Jumlah kutipan melebihi RM 2,000 untuk aktiviti ini.

Sumbangan ini disalurkan kepada rakyat Palestin melalui Tabung Palestin HALUAN.






Ceramah Kemahiran Belajar Secara SMART

Bandar Baru Bangi, Jun 2016 - Program Teknik Belajar di Dewan Kuliah 7, Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL), disini.


Prof Madya Dr Samsul Bahari bin Mohd Noor sedang mencerita sebuah kisah













Program ini merupakan acara tahunan yang pertama berlangsung selama 1 hari. Program ini bertujuan untuk mendedahkan teknik-teknik belajar samada ketika mengulang kaji, menulis nota dan sebagainya.


Program Teknik Belajar telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif KTDKL, Prof Madya Nordin Bin Endut yang turut menyertai semasa program berlangsung. Beliau menegaskan bahawa penglibatan pelajar dalam program ini adalah sangat penting.


Selain itu, program kali ini turut menjemput Prof Madya Dr Samsul Bahari bin Mohd Noor yang merupakan seorang penceramah yang berwibawa serta pelbagai pengalaman yang menjadikan beliau seorang pelajar yang cemerlang.


Laporan oleh,
Mukmin bin Noram Azlan

Thursday, 21 July 2016

Sambutan Hari Raya KTDKL meriah





























Bandar Baru Bangi, 21 Julai 2016 - Telah berlangsungnya majlis sambutan Aidilfitri 1437 anjuran pelajar KTDKL kerjasama pakcik-pakcik haluan pada 21 Julai 2016 bersamaan 22 Syawal 1437 baru-baru ini. Majlis tersebut telah diadakan di perkarangan Kolej Teknologi Darul Naim Kuala Lumpur. 




Alhamdulillah, ramai yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut dan sekaligus bertugas untuk menjamu selera. Majlis tersebut telah dipengerusikan oleh pelajar KTDKL, saudara Prof Madya Nordin .Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh saudara Muhammad Fittry Aqshah dimana. 



Majlis kemudiaannya diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua eksekutif. Terlebih dahulu beliau mengucapkan terima kasih pada hadirin yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Beliau juga menyentuh tentang persaudaraan sesama umat Islam yang perlu diperkukuhkan bagi melahirkan rasa keterikatan sesama kita. Sebelum majlis makan bermula, Muhammad Nik dijemput untuk membacakan doa bagi memberkati majlis seterusnya membaca doa makan.




Waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba, semua hadirin dijemput untuk menjamu selera pelbagai juadah yang disediakan. Dikesempatan itu juga, Turut ada pada waktu itu ialah lagu-lagu raya dimainkan bagi memeriahkan lagi suasana majlis pada waktu itu. Moga Allah menerima amalan kita semua sebagai amalan soleh untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak. Wallahu’alam.