Perkelahan Awal Semester
Kalumpang, 24 April 2017 – Perkelahan anjuran mahasiswa KTDKL kali ini bertempat di The Nahara Resort, Kalumpang, Selangor pada 24 April 2017 yang disertai oleh 6 orang mahasiswa KTDKL dan seorang pensyarah pengiring bersama hampir 40 peserta yang lain terdiri daripada sukarelawan HALUAN dan mahasiswa UPM.
Perkelahan selama 1 hari ini bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar, serta mengeratkan sillaturahim antara siswa, pensyarah, sukarelawan HALUAN dan lain-lain.
Kami mula bertolak sekitar jam 8.00 pagi dari kolej dengan menaiki kenderaan rasmi kolej iaitu MPV Naza Ria. Kami juga sempat membeli sarapan pagi sebagai bekalan sepanjang perjalanan kami hampir 110 km.
Pada pukul 10.00 pagi, kami selamat sampai ke destinasi, mula mengemaskan dan memasak untuk makan tengahari diselangi dengan aktiviti mandi-manda.
Seterusnya, pada pukul 4.00 petang kami bergerak ke Masjid berdekatan untuk sesi ucapan penutup oleh Pengarah program, Tn Hj Mohd Taib bin Pardi, Naib YDP HALUAN Cawangan Putrajaya.
Walaupun masa agak terhad, tetapi mereka berpuas hati dengan aktiviti tersebut. Harapan saya program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa hadapan dengan lebih penambah baikan supaya kita boleh menjadi muslim yang mantap dan hebat, InshaaAllah.
Disediakan oleh,
Khairul Amirin bin Azman
PESAT 3 (PST 2031)
Semester III Sesi 2016/2017
Sesi gotong-royong menyediakan makanan
Gambar kenangan
Selamat sampai di kolej
Beratur untuk membeli sarapan pagi
Selamat tiba di destinasi
Bersama pensyarah
Bermandi-manda
No comments:
Post a Comment