Sunday, 11 June 2017

Majlis Berbuka Puasa HALUAN Putrajaya

Majlis Berbuka Puasa

Majlis ini diadakan di Ibu Pejabat HALUAN, Seksyen 9, Bdr Baru Bangi, Selangor tadi.
Program dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Mohd Zin bin Su.
Tajuk : Dengan Alquran & Ramadhan kita mencari para mukhlassin
Siapakah yang paling ikhlas dan benar amalnya?
Ikhlas - amal kerana Allah
Benar - amal atas dasar Sunnah
Ikhlas rumahnya di dalam hati.
Allah SWT berfirman:
سَيَـقُوْلُ لَكَ الْمُخَلَّفُوْنَ مِنَ الْاَعْرَابِ شَغَلَـتْنَاۤ اَمْوَالُـنَا وَاَهْلُوْنَا فَاسْتَغْفِرْ لَـنَا ۚ يَقُوْلُوْنَ بِاَلْسِنَتِهِمْ مَّا لَـيْسَ فِيْ قُلُوْبِهِمْ ۗ قُلْ فَمَنْ يَّمْلِكُ لَـكُمْ مِّنَ اللّٰهِ شَيْئًــا اِنْ اَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا اَوْ اَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۗ بَلْ كَانَ اللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرًا
"Orang-orang A'raab (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Ia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun, dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Ia akan membalasnya)."
بَلْ ظَنَـنْـتُمْ اَنْ لَّنْ يَّـنْقَلِبَ الرَّسُوْلُ وَالْمُؤْمِنُوْنَ اِلٰٓى اَهْلِيْهِمْ اَبَدًا وَّزُيِّنَ ذٰ لِكَ فِيْ قُلُوْبِكُمْ وَظَنَنْتُمْ ظَنَّ السَّوْءِ ۚ وَكُنْـتُمْ قَوْمًا ۢ بُوْرًا
"(Itu bukanlah sebabnya) bahkan sebabnya kamu telah menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman (yang pergi berperang akan binasa semuanya dan) tidak akan kembali lagi kepada akan isteri dan keluarga masing-masing selama-lamanya; dan sangkaan yang demikian itu diperelokkan (oleh Syaitan) di dalam hati kamu (serta menerimanya); dan lagi kamu telah menyangka berbagai-bagai sangkaan yang buruk (terhadap ugama Allah yang dibawa oleh RasulNya); dan (dengan itu) menjadilah kamu kaum yang rosak binasa."
(QS. Al-Fath 48: Ayat 11 - 12)
Jangan membenarkan dalih agar tidak memikul tanggungjawab.
Orang yang ikhlas tidak mengharapkan sesuatu selain daripada balasan Allah swt.
Contoh ziarah, upah, ucapan terima kasih.
Perlu berdoa kepada Allah swt agar Allah swt mengukuhkan keikhlasan hati kita dalam beramal
Syarat ikhlas #3
Segala amal tanpa ada tukaran budi
Allah SWT berfirman:
وَسَيُجَنَّبُهَا الْاَتْقَى
"Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -"
الَّذِيْ يُؤْتِيْ مَالَهٗ يَتَزَكّٰى
"Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,"
وَمَا لِاَحَدٍ عِنْدَهٗ مِنْ نِّعْمَةٍ تُجْزٰٓى
"Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,"
اِلَّا ابْتِغَآءَ وَجْهِ رَبِّهِ الْاَعْلٰى
"Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;"
وَلَسَوْفَ يَرْضٰى
"Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya)."
(QS. Al-Lail 92: Ayat 17 - 21)
Syarat ikhlas #4
Sikap penuh pemurah dan penuh kesedaran bahawa dia akan kembali kepada Allah swt.
Bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab
Allah SWT berfirman:
اِنَّ الَّذِيْنَ هُمْ مِّنْ خَشْيَةِ رَبِّهِمْ مُّشْفِقُوْنَ
"Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka;"
وَالَّذِيْنَ هُمْ بِاٰيٰتِ رَبِّهِمْ يُؤْمِنُوْنَ
"Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka;"
وَالَّذِيْنَ هُمْ بِرَبِّهِمْ لَا يُشْرِكُوْنَ
"Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka;"
وَالَّذِيْنَ يُؤْتُوْنَ مَاۤ اٰتَوْا وَّ قُلُوْبُهُمْ وَجِلَةٌ اَنَّهُمْ اِلٰى رَبِّهِمْ رٰجِعُوْنَ
"Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka;"
اُولٰٓئِكَ يُسَارِعُوْنَ فِيْ الْخَيْـرٰتِ وَهُمْ لَهَا سٰبِقُوْنَ
"Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan, dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya."
(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 57 - 61)
Orang yang ikhlas bergerak pantas dalam beramal kebaikan. Mereka tidak lalai dalam kesesatan sehingga menjadi binatang buruan yang ditarik perlahan. Hidup dalam kelekaan, kemewahan, kenikmatan dan kesenangan sehingga akhirnya bertemu dengan kesusahan hidup.
Syarat ikhlas #5
Urusan ekslusif antara kita dan Allah swt semata-mata.
Allah SWT berfirman:
قُلْ اَ تُعَلِّمُوْنَ اللّٰهَ بِدِيْـنِكُمْ ۗ وَاللّٰهُ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِ ۗ وَاللّٰهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ
"Katakanlah (kepada orang-orang A'rab itu wahai Muhammad): Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ')? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 16)
Orang ikhlas sentiasa waspada bahaya kegelinciran di dalam perjalanan yang penuh suasana gelap gelita
Allah SWT berfirman:
رَّبُّكُمْ اَعْلَمُ بِمَا فِيْ نُفُوْسِكُمْ ۗ اِنْ تَكُوْنُوْا صٰلِحِيْنَ فَاِنَّهٗ كَانَ لِلْاَوَّابِيْنَ غَفُوْرًا
"Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat."
(QS. Al-Isra' 17: Ayat 25)
Allah swt mengetahui segala perasaan kita
ZON BAHAYA TANPA IKHLAS
Allah SWT berfirman:
قَالَ رَبِّ بِمَاۤ اَغْوَيْتَنِيْ لَاُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِى الْاَرْضِ وَلَاُغْوِيَـنَّهُمْ اَجْمَعِيْنَ
"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,"
اِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِيْنَ
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik."
(QS. Al-Hijr 15: Ayat 39 - 40)
Jika tidak berada dalam kubu keikhlasan, syaitan mudah mengganggu hati kita.
Ramadhan adalah bulan latihan intensif tapi penuh insentif.
Mana mungkin kita boleh jadi insan mukhlasin kalau kita tidak beradab kepada Allah swt.
Peluang ramadhan, lipatgandakan amal solat sunat, sebut beberapa kali
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ
"Tunjukilah kami jalan yang lurus."
(QS. Al-Fatihah 1: Ayat 6)
Apakah itu jalan yang lurus?
Ramadhan menggalakkan kita berlatih bangun malam mendampingi Allah swt.
Allah SWT berfirman:
وَاِذَا سَاَلَـكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ
"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 186)
Ramadhan bertujuan melatih orang mukmin supaya memilih yang terbaik.
Allah SWT berfirman:
اَيَّامًا مَّعْدُوْدٰتٍ ۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ عَلٰى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ اَيَّامٍ اُخَرَ ۗ وَعَلَى الَّذِيْنَ يُطِيْقُوْنَهٗ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِيْنٍ ۗ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهٗ ۗ وَاَنْ تَصُوْمُوْا خَيْرٌ لَّـکُمْ اِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُوْنَ
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 184)
Berbuka atas dasar untuk menjaga urusan taqwa. Allah memberi pilihan kepada kita untuk mengukur tahap keikhlasan kita, yang mana lebih dekat dengan taqwa.


Mohd Zin bin Su sedang menyampaikan tazkirah

YDP HALUAN Cawangan Putrajaya, Tn Hj Baderol Allam

Pelajar KTDKL antara hadirin




Pengerusi Kelab Siswa HALUAN Cawangan Putrajaya,
saudara Zakwan Hanif Nik Mutasim

Timbalan Presiden Kelab Siswa HALUAN Nasional,
Saudara Ahmad Thaqif bin Kamdani






No comments:

Post a Comment