Friday, 30 June 2017

Pelan ke Parking Kereta KTDKL

Assalamu'alaikum wrh wbt

Sila ikuti panduan ini untuk memudahkan anda sampai ke ruang tempat letak kenderaan di KTDKL

A) Jika anda dari arah Kuala Lumpur / Shah Alam / Cheras
B) Jika anda dari Kajang
C) Jika anda dari Bangi Gateway / Seremban / Johor Bharu





























Sila buat U-turn di persimpangan McDonald / PKNS Bangi jika dari (A)

Untuk ke ruang parking, sila klik https://goo.gl/maps/Fyr4qZs8na52

Sunday, 11 June 2017

Perkelahan Awal Semester III di Kalumpang, Selangor

Perkelahan Awal Semester

Kalumpang, 24 April 2017 – Perkelahan anjuran mahasiswa KTDKL kali ini bertempat di The Nahara Resort, Kalumpang, Selangor pada 24 April 2017 yang disertai oleh 6 orang mahasiswa KTDKL dan seorang pensyarah pengiring bersama hampir 40 peserta yang lain terdiri daripada sukarelawan HALUAN dan mahasiswa UPM.

Perkelahan selama 1 hari ini bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar,  serta mengeratkan sillaturahim antara siswa, pensyarah, sukarelawan HALUAN dan lain-lain. 

Kami mula bertolak sekitar jam 8.00 pagi dari kolej dengan menaiki kenderaan rasmi kolej iaitu MPV Naza Ria. Kami juga sempat membeli sarapan pagi sebagai bekalan sepanjang perjalanan kami hampir 110 km.

Pada pukul 10.00 pagi, kami selamat sampai ke destinasi, mula mengemaskan dan memasak untuk makan tengahari diselangi dengan aktiviti mandi-manda.

Seterusnya, pada pukul 4.00 petang kami bergerak ke Masjid berdekatan untuk sesi ucapan penutup oleh Pengarah program, Tn Hj Mohd Taib bin Pardi, Naib YDP HALUAN Cawangan Putrajaya.

Walaupun masa agak terhad, tetapi mereka berpuas hati dengan aktiviti tersebut. Harapan saya program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa hadapan dengan lebih penambah baikan supaya kita boleh menjadi muslim yang mantap dan hebat, InshaaAllah.

Disediakan oleh,

Khairul Amirin bin Azman
PESAT 3 (PST 2031)
Semester III Sesi 2016/2017

Sesi gotong-royong menyediakan makanan


Gambar kenangan

Selamat sampai di kolej

Beratur untuk membeli sarapan pagi

Selamat tiba di destinasi






Bersama pensyarah














Bermandi-manda


Active Learning Workshop 2nd Series

Active Learning Workshop 2nd series

8-9 Jun 2017
Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur

Anjuran bersama HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) ini telah menghimpunkan lebih 20 orang peserta pada sesi kali ini.

Tema program pada kali ini ialah Team-based Learning through Cooperative Learning

Program dimulakan dengan sesi Ucapan Pembukaan oleh Ketua Eksekutif KTDKL, Nordin bin Endut. Seterusnya sesi ulangkaji bersama fasilitator jemputan, iaitu Prof Dr Khairiyah Mohd Yusof dan Dr Syed Ahmad Helmi Syed Hassan.


Fasilitator Bengkel Active Learning, Prof Dr Khairiyah dan Dr Syed Ahmad Helmi dari UTM

Buku modul disediakan dapat membantu peserta membuat rujukan dan latihan


Ketua Eksekutif KTDKL, Nordin Endut dalam memberi pandangan ketika sesi perbincangan

Dr Mohd Syafie dari UMP

Pn Norhashimah, Pengurus Hal Ehwal Akademik KTDKL

Dr Zurina Muda dari UKM

Pn Syarifah Nabihah, pensyarah Multimedia dari KTDKL


Sesi pembentangan selari










Istimewa Ramadan 1438H Bersama Akademi Sinergi Ikhlas

Berinteraksi Dengan Surah Al-Qadar
Tadabbur Dan Tahsin Surah
📆 10 Jun 2017
 10.00 am - 4.00 pm
🏡 Auditorium, Karangkraf Shah Alam

SLOT 1

Surah al-qadr surah makkiyah
● non-muslim rasa berkuasa
● dengan surah ini, muslim sebenarnya berkuasa, non-muslim rugi. Ibadah umpama 83 tahun
> quran mulia pd mala mulia. Menunjukkan kitab AQ ini aat tinggi. Kalau mereka ikhlas, mereka akan membaca. bagaimana surah membina siap positif. merasakan awal ramadhan tidak baut yg terbaik.
 > non-muslim rasa jika masuk Islam, mereka memberi saham kpd Nabi saw, tetapi sebenarnya mereka yang beruntung

DIDIKAN SEPANJANG ZAMAN - BAGAIMANA MANUSIA MMBINA TABIAT?

sirah nabi yaakub dan nabi yusuf.
surah albaqarah surah albaqarah ayat 185,
ْ وَلَعَلَّکُمْ تَشْكُرُوْنَ
"... supaya kamu bersyukur."

Potongan hadits,
 مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"...Barangsiapa menegakkan Ramadlan karena iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”

GANJARAN RAMADHAN
1. Buka puasa
2. Baju raya
3. Kurangkan berat badan
* jika tak dapat, dia akan kecewa, menjadi agenda utama melalui ramadhan

Bagaimana ramai orang tahu kelebihan AQ tetapi ada yang tidak mempedulikannya.
اِنَّاۤ اَنْزَلْنٰهُ فِيْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,"

Anugerah Ulangtahun Malam Alqadr ini perlu dibuat persiapan sebaiknya.

Slot 1

Slot 1


Slot 1

SLOT 2
MENJADI INSAN HEBAT

Doa yang digalakkan,

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku.

● Hidupkan malam, kejut keluarga
● Allah mudahkan kita untuk beribadah

سَلٰمٌ  ۛ هِيَ حَتّٰى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
"Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
(QS. Al-Qadr 97: Ayat 5)

● Allah nak memaafkan dan ampunkan kesalahan kita

Dr Mohd Razali Maarof


Dr Mohd Razali Maarof

SLOT 3
TAHSIN ALQURAN
SURAH AL FATIHAH & SURAH AL QADR


Slot 3 : Tahsin Surah Al-fatihah & Al-qadr

SLOT 4
Fazrul
Didikan Sepanjang Zaman Berinteraksi Dengan Alquran

SDD

S - Soal
D - Doa
D - Dengar & belajar daripada sesuatu ayat atau sesuatu surah

Allah SWT berfirman:

وَسَارِعُوْۤا اِلٰى مَغْفِرَةٍ مِّنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ  وَالْاَرْضُ ۙ  اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَ 
"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;"

الَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ فِى السَّرَّآءِ وَالضَّرَّآءِ وَالْكٰظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِ ۗ  وَاللّٰهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ 
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;"
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 133 - 134)

S1 - Siapakah orang yang bertaqwa?
S2 - orang yang buat perkara baik?

D1 - ya Allah, jadikanlah kami orang yang bertaqwa
D2 - ya Allah, jadikanlah kami orang yg boleh mendermakan hartanya pada waktu senang dan susah
D3 - ya Allah, jadikanlah kami orang yang dapat bersabar

Kalau kita memohon kemaafan drpd Allah, maka kita kena memaafkan orang

Siapa yang selalu infaq, Allah akan jaga kemarahannya, siapa yang selalu jaga kemarahannya, dia mudah untuk memaafkan.