Wednesday, 23 March 2016

Pengalaman Naik Komuter Perlis ke Butterworth

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menaiki komuter dari Stesen KTM Bukit Ketri, Perlis ke Butterworth hari ini.

Perjalanan selama 1 jam 35 minit dan tambang RM 10.20 ini sangat berbaloi bagi mereka yang bersekolah Asrama di Perlis. Contoh adik-adik yang tinggal di Alor Setar,  Pendang,  Gurun,  Sg Petani,  Tasek Gelugor, Jalan Bahru, Bukit Mertajam, bolehlah mencari pengalaman naik komuter ini.

Saya semasa tingkatan 1 pada tahun 2001 selalu berulang alik naik bas dari Stesen Bas Kangar ke Butterworth. Kadang-kadang naik juga keretapi dari Arau.

Pintu masuk ke Stesen KTM Bukit Ketri,  Perlis

Pintu pagar

Ruang letak kereta yang luas dan bersih

Laluan OKU turut disediakan

Ruang menunggu komuter sampai

Platform 2 untuk ke Butterworth

Tiket orang dewasa. Warga emas ada diskaun lagi

Komuter dah sampai. 

Perancangan perjalanan

Kerusi di dalam komuter

Sangat sesuai untuk pelajar Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Tunjong,  Beseri untuk pulang ke kampung halaman di Utara.

Sekitar pemandangan sekolah MATRI

Bangunan baru yang diwaqafkan

Asrama Putera

Padang hoki

Dataran kawad

Pintu masuk depan 

Bangunan surau yang dibina oleh sukarelawan


Harga tambang keretapi dari Bukit Ketri adalah seperti berikut;
# Ke Alor Setar = RM 4.80
# Ke Kobah (atau Pendang) = RM 5.60
# Ke Gurun = RM 6.80
# Ke Sungai Petani = RM 8.10
# Ke Tasek Gelugor = RM 9.20
# Ke Bukit Mertajam = RM 9.50
# Ke Butterworth = RM 10.20

Komuter ini juga boleh sampai ke Kamunting,  Perak
Pertukaran di Stesen Bukit Mertajam.

Antara sekolah asrama lain yang ada di Perlis,
1. Al Maad
2. Sek Men Keb Agama Perempuan,  Kangar
3. Sekolah Menengah Sains

Universiti pula,
1. UNIMAP (Universiti Malaysia Perlis)
2. IPTIP (Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis)
3. Kolej Matrikulasi Arau
4. KUIP (Kolej Universiti Islam Perlis)


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan, saya meminta izin untuk memuat naik gambar stesen bukit ketri yang tuan ambil ni ke dalam Wikimedia Commons, boleh ye tuan?

    ReplyDelete