Telah berlangsung aktiviti sumbangan kepada asnaf kepada 3 buah keluarga di Kg Bahagia Bangi, Selangor pada 28 April 2020.
Sumbangan disalurkan kepada mereka yang terjejas pendapatan dalam tempoh PKP pada tahun ini.
Terima kasih kepada para penyumbang yang budiman.
Tuesday, 28 April 2020
Monday, 22 July 2019
ProCAST 4.0 HALUAN Cawangan Putrajaya
Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) 4.0 - Negeri Putrajaya
ProCAST 4.0 yang diadakan pada 20 Julai 2019 diadakan dengan jayanya. Seramai 90 peserta pelajar Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar menyertai ProCAST kali ini.
Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) kali ini adalah anjuran HALUAN Cawangan Putrajaya, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) dan Masjid Putra, Putrajaya.
Fasilitator sukarelawan mahasiswa dari Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) turut menjayakan ProCAST kali ini dengan menyantuni para peserta dari kalangan pelajar Tingkatan 4 SAMSMEL.
Para peseta begitu teruja dengan ProCAST yang dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya selama 1 hari ini. Peserta disajikan dengan aktiviti Ice Breaking, LDK Rahsia Pohon Idaman, Habblul ‘ilm – Motivasi Belajar (Rahsia Pelajar Cerdik-Imam Syafie), Kemahiran Belajar Berprestasi Tinggi, dan Cabaran Remaja Menghadapi Gejala Internet dan RI 4.0.
Program diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Pengetua SAMSMEL, Ustaz Samzini bin Abdullah, serta penyerahan cenderamata.
Pihak HALUAN mengalua-alukan sebarang kerjasama daripada pelbagai pihak, samada sekolah, badan-badan korporat, ataupun sesiapa sahaja, termasuk mahasiswa bagi menjayakan program-program seperti ini.
Mudah-mudahan program-program seperti ini dapat memberi impak yang baik terhadap pembinaan sahsiah remaja dan pelajar.
ProCAST 4.0 yang diadakan pada 20 Julai 2019 diadakan dengan jayanya. Seramai 90 peserta pelajar Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar menyertai ProCAST kali ini.
Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) kali ini adalah anjuran HALUAN Cawangan Putrajaya, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) dan Masjid Putra, Putrajaya.
Fasilitator sukarelawan mahasiswa dari Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) turut menjayakan ProCAST kali ini dengan menyantuni para peserta dari kalangan pelajar Tingkatan 4 SAMSMEL.
Para peseta begitu teruja dengan ProCAST yang dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya selama 1 hari ini. Peserta disajikan dengan aktiviti Ice Breaking, LDK Rahsia Pohon Idaman, Habblul ‘ilm – Motivasi Belajar (Rahsia Pelajar Cerdik-Imam Syafie), Kemahiran Belajar Berprestasi Tinggi, dan Cabaran Remaja Menghadapi Gejala Internet dan RI 4.0.
Program diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Pengetua SAMSMEL, Ustaz Samzini bin Abdullah, serta penyerahan cenderamata.
Pihak HALUAN mengalua-alukan sebarang kerjasama daripada pelbagai pihak, samada sekolah, badan-badan korporat, ataupun sesiapa sahaja, termasuk mahasiswa bagi menjayakan program-program seperti ini.
Mudah-mudahan program-program seperti ini dapat memberi impak yang baik terhadap pembinaan sahsiah remaja dan pelajar.
Sebahagian fasilitator - alumni dan pelajar KTDKL
Cg Engliman dalam slot beliau
Penyampaian saguhati kepada Prof Madya Dr Zulaiha Ali Othman
Thursday, 21 February 2019
Jom ke HIMEGA Negeri Selangor 2019
ANDA LEPASAN SPM 2018?
KELIRU NAK KE MANA SELEPAS INI?
PERLUKAN BIMBINGAN PAKAR MOTIVASI YANG BERPENGALAMAN?
Tak perlu rungsing lagi, JOM KE HIMEGA 2019!!
Hijrah Menara Gading, HiMEGA'19
Peringkat Negeri Selangor
Daftar segera kerana hanya 100 tempat duduk disediakan secara PERCUMA!
Butiran program:
🏢 Dewan Seminar, Ibu Pejabat HALUAN,
A-04-2, Jalan Medan Pusat Bandar 5,
Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
PIN: https://goo.gl/maps/2SdV54Dgo892 (sila klik)
💵 Yuran PERCUMA termasuk makan tengahari
Kenali penceramah program
Dr Mohd Razali bin Maarof
Panelis program Kolokium Anjakan Daie Rabbani, anjuran HALUAN
Pengendali Kursus Pengucapan Awam anjuran HALUAN

Penceramah Seminar Mahligai Impian di UiTM Johor Kampus Segamat pada 28 Julai 2018





Dr Mohd Razali seringkali dipanggil oleh pelbagai agensi untuk mengendalikan program-program berbentu pemantapan kepimpinan organisasi.
📱 WhatsApp:
Ilman | 011-1303 9026
Putri Nur Syuhada | 019-233 7628
Tentatif
Masa
|
Aktiviti
|
9.30 pagi
|
Pendaftaran, Lapor Diri
|
10.00 pagi
|
Taklimat penganjur
Disampaikan oleh En Abu ‘Ubaidah bin Sharudin
|
10.30 pagi
|
Slot Utama
Ceramah Motivasi
Disampaikan oleh Dr Mohd Razali bin Maarof
|
12.30 tengahari
|
Explorace
|
1.00 tengahari
|
Makan tengahari, solat zohor
|
2.00 petang
|
Bersurai
|
Thursday, 12 October 2017
KURSUS PENGAJIAN SYARIAH KTDKL SIRI 3
KURSUS PENGAJIAN SYARIAH
Adakah anda,
> sudah bersara?
> masih berkerja?
> seorang yang begitu sibuk pada hari-hari kerja?
> tercari-cari tempat belajar agama yang tersusun dengan yuran yang berpatutan di Bangi?
> sudah bersara?
> masih berkerja?
> seorang yang begitu sibuk pada hari-hari kerja?
> tercari-cari tempat belajar agama yang tersusun dengan yuran yang berpatutan di Bangi?
Kami ada jawapannya untuk anda...
》Pengenalan
Kursus ini ditawarkan oleh Kolej Teknologi Darul Naim Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
》Hasil Pembelajaran
1. Memahami displin ilmu Syariah dengan lebih tersusun dan terperinci meliputi takrifan, sejarah perkembangan, konsep, kaedah-kaedah serta penyelesaian pelbagai isu berkaitan.
2. Mengaplikasi ilmu Syariah dalam kehidupan menurut neraca pertimbangan yang wassatiyah
3. Memberi peluang memperoleh sijil pengajian dalam bidang Syariah untuk kegunaan tauliah mengajar atau hal-hal berkaitan.
》Struktur Kursus
Kursus ini menawarkan beberapa subjek bagi setiap sem dan akan berlangsung selama 6 semester. Peserta disarankan untuk mengambil semua subjek, namun diberi pilihan untuk memilih subjek jika kesibukan.
》Subjek-subjek tawaran (Kelas Sesi Hari Jumaat)
Subjek 1: Fiqh Muamalat
Subjek 2 : Ulum Al-Quran
Kelas pertama : 3 November 2017 (Jumaat)
*Percuma sesi kelas pertama jika anda tidak berpuas hati, tidak perlu membuat sebarang pembayaran
》Yuran
A) Pendaftaran: RM200/semester
A) Pendaftaran: RM200/semester
B) Subjek: RM10/jam kuliah
1 subjek; RM 10 X 3 jam X 12 minggu = RM 360
Jika ambil 1 subjek, jumlah perlu bayar : RM 200 + RM 360 = RM 560
Jika ambil 2 subjek, jumlah perlu bayar : RM 200 + RM 360 + RM 360 = Rm 920
》Untuk pendaftaran / pertanyaan, sila hubungi
pejabat 03 8912 4406
Ustaz Muhammad Uzair 013 295 5430
Laman web rasmi: www.ktdkl.edu.my
Facebook : www.facebook.com/ktdkl
Lokasi : https://goo.gl/maps/928pgEXrpdw (Bdr Baru Bangi, Selangor)
Facebook : www.facebook.com/ktdkl
Lokasi : https://goo.gl/maps/928pgEXrpdw (Bdr Baru Bangi, Selangor)
Wednesday, 11 October 2017
Senarai Homestay Bangi
Kadar sewaan homestay
1. Deena Homestay
RM 300 (seunit)
4 bilik berhawa dingin
Astro
Wifi
Mesin basuh
Ada 3 unit
012-362 0301 (Hj Ali & Rokiah)
Maybank
564016700093
2. AFZ Homestay
Fawwaz
019-2198799
RM 270 (seunit)
Ada 2 unit
3. Najwa Homestay
4. Bangi Garden Villa Homestay
Seksyen 15 BB Bangi
RM 250
013-259 0529
5. Homestay D'ramal
Sungai Ramal Dalam
RM 200
012-685 2524
Saturday, 30 September 2017
Misi Kemanusiaan Banjir Segamat Johor 2017
Contoh Laporan program untuk PESAT
Sukarelawan banjir menabur bakti di Segamat
Segamat, 29 Januari 2017 – Program Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Segamat anjuran KTDKL dan HALUANSiswa ini telah dilaksanakan di Kg Sermin, Segamat, Johor yang disertai oleh seorang pengiring pensyarah, dua orang wakil sukarelawan HALUANSiswa dan 4 orang mahasiswa KTDKL.
Gambar 1: Peserta bergambar kenangan sebelum pulang
Program satu hari ini bertujuan membantu masyarakat setempat yang dilanda musibah banjir dalam membersihkan kawasan rumah dan balai raya.
Bertepatan dengan ayat 2 dari surah Al-maidah yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya"
Petikan Hadits Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhari dan Muslim
Antara hadits yang lain juga yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam (menjalin) cinta dan kasih sayang di antara mereka bagaikan tubuh yang satu, apabila ada anggota (tubuh) yang merasa sakit, maka seluruh anggota yang lainnya merasa demam dan tidak bisa tidur." Hadits Riwayat Muslim
Perjalanan bermula seawal jam 12.00 tengahmalam di mana peserta bergerak ke Kajang untuk mengambil barang sumbangan masyarakat kepada mangsa banjir dan seterusnya ke Ampang, Kuala Lumpur untuk mengambil pakaian rasmi sukarelawan.
Sekitar jam 3.00 pagi, peserta mula bertolak dari Bangi ke UiTM Segamat. Kira-kira jam 6.00 pagi, peserta selamat tiba di Pusat Islam Masjid Asy-Syakirin UiTM Segamat dan menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Gambar 2: Peserta bergambar sebelum bertolak ke Kg Sermin
Bermula jam 9.00 pagi, peserta bertolak ke warung berhampiran untuk bersarapan pagi. Sekitar jam 10.00 pagi, peserta berkumpul di lobi untuk sesi suai kenal, taklimat dan heart-setting oleh Timbalan Naib Canselor UiTM Segamat dan UiTM Alor Gajah. Sekitar jam 11.00 pagi, semua ahli rombongan sukarelawan daripada HALUANSiswa, KTDKL, UiTM Segamat, UiTM Alor Gajah dan UiTM Jasin bertolak ke Kg Sermin dengan menaiki kenderaan rombongan masing-masing, iaitu 2 buah bas dan 3 buah kereta.

Gambar: Pasukan BOMBA bersiap untuk pulang selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan
Setibanya peserta di Kg Sermin, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan akitviti pembersihan, antaranya Balai raya, Surau dan rumah-rumah penduduk kampung. Peserta disediakan sarapan pagi oleh penduduk kampung sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas bantuan yang diberikan. Pasukan BOMBA juga turut hadir membantu dalam menjayakan aktiviti pada hari ini.

Gambar : Sarapan pagi yang disediakan
Peserta berehat seketika untuk solat pada waktu Zohor dan meneruskan aktiviti gotong-royong ke rumah salah seorang penduduk yang ditenggelami air sehingga paras bumbung. Selepas solat Zohor, peserta berkesempatan untuk sama-sama tilawah Al-Quran dan mendengar tazkirah.

Gambar: tazkirah selepas Solat Zohor

Gambar : keadaan rumah penduduk kampung yang ditenggelami air sehingga paras bumbung

Gambar : keadaan rumah penduduk kampung yang ditenggelami air sehingga paras bumbung
Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh wakil-wakil ketua rombongan. Walaupun masa agak terhad, hasil komentar dari para peserta menunjukkan mereka berpuas hati malah turut mencadangkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan di tempat-tempat yang lain juga. Harapan saya semoga para peserta terus membina kekuatan diri menerusi aktiviti-aktiviti dan program-program yang sebegini dalam usaha menjadi muslim sehebat para sahabat Rasul SAW, insyaAllah.

Gambar : Wakil rombongan dan penduduk kampung
Disediakan oleh,
[Nama]
[No Kad Pengenalan]
Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PST 1021)
Semester 2 Sesi 2016/2017
Nama Pensyarah : Nurul ‘Izzah Baharudin
Senarai nama ahli rombongan
Muhammad aidil ioyn levir [940727-13-5011]
Ahmad najmi bin mohd azmi [980308-11-5901]
Muhammad Fittry Aqshah Bin Normat (980130-01-6673]
Muhammad jundullah bin ramadhan [980909-14-5591]
Subscribe to:
Posts (Atom)







































