ProCAST 4.0 yang diadakan pada 20 Julai 2019 diadakan dengan jayanya. Seramai 90 peserta pelajar Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar menyertai ProCAST kali ini.
Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) kali ini adalah anjuran HALUAN Cawangan Putrajaya, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) dan Masjid Putra, Putrajaya.
Fasilitator sukarelawan mahasiswa dari Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) turut menjayakan ProCAST kali ini dengan menyantuni para peserta dari kalangan pelajar Tingkatan 4 SAMSMEL.
Para peseta begitu teruja dengan ProCAST yang dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya selama 1 hari ini. Peserta disajikan dengan aktiviti Ice Breaking, LDK Rahsia Pohon Idaman, Habblul ‘ilm – Motivasi Belajar (Rahsia Pelajar Cerdik-Imam Syafie), Kemahiran Belajar Berprestasi Tinggi, dan Cabaran Remaja Menghadapi Gejala Internet dan RI 4.0.
Program diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Pengetua SAMSMEL, Ustaz Samzini bin Abdullah, serta penyerahan cenderamata.
Pihak HALUAN mengalua-alukan sebarang kerjasama daripada pelbagai pihak, samada sekolah, badan-badan korporat, ataupun sesiapa sahaja, termasuk mahasiswa bagi menjayakan program-program seperti ini.
Mudah-mudahan program-program seperti ini dapat memberi impak yang baik terhadap pembinaan sahsiah remaja dan pelajar.
Sebahagian fasilitator - alumni dan pelajar KTDKL
Cg Engliman dalam slot beliau
Penyampaian saguhati kepada Prof Madya Dr Zulaiha Ali Othman
No comments:
Post a Comment