Monday, 22 July 2019

ProCAST 4.0 HALUAN Cawangan Putrajaya

Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) 4.0 - Negeri Putrajaya

ProCAST 4.0 yang diadakan pada 20 Julai 2019 diadakan dengan jayanya. Seramai 90 peserta pelajar Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar menyertai ProCAST kali ini.

Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (ProCAST) kali ini adalah anjuran HALUAN Cawangan Putrajaya, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar (SAMSMEL) dan Masjid Putra, Putrajaya.

Fasilitator sukarelawan mahasiswa dari Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL) turut menjayakan ProCAST kali ini dengan menyantuni para peserta dari kalangan pelajar Tingkatan 4 SAMSMEL.

Para peseta begitu teruja dengan ProCAST yang dilaksanakan di Masjid Putra, Putrajaya selama 1 hari ini. Peserta disajikan dengan aktiviti Ice Breaking, LDK Rahsia Pohon Idaman, Habblul ‘ilm – Motivasi Belajar (Rahsia Pelajar Cerdik-Imam Syafie), Kemahiran Belajar Berprestasi Tinggi, dan Cabaran Remaja Menghadapi Gejala Internet dan RI 4.0.

Program diakhiri dengan Ucapan Penutup oleh Pengetua SAMSMEL, Ustaz Samzini bin Abdullah, serta penyerahan cenderamata.

Pihak HALUAN mengalua-alukan sebarang kerjasama daripada pelbagai pihak, samada sekolah, badan-badan korporat, ataupun sesiapa sahaja, termasuk mahasiswa bagi menjayakan program-program seperti ini.

Mudah-mudahan program-program seperti ini dapat memberi impak yang baik terhadap pembinaan sahsiah remaja dan pelajar.

Sebahagian fasilitator - alumni dan pelajar KTDKL


Cg Engliman dalam slot beliau

Penyampaian saguhati kepada Prof Madya Dr Zulaiha Ali Othman
















Thursday, 21 February 2019

Jom ke HIMEGA Negeri Selangor 2019

ANDA LEPASAN SPM 2018?
KELIRU NAK KE MANA SELEPAS INI?
PERLUKAN BIMBINGAN PAKAR MOTIVASI YANG BERPENGALAMAN?

Tak perlu rungsing lagi, JOM KE HIMEGA 2019!!




Hijrah Menara Gading, HiMEGA'19
Peringkat Negeri Selangor

Daftar segera kerana hanya 100 tempat duduk disediakan secara PERCUMA!
Butiran program:
🏢  Dewan Seminar, Ibu Pejabat HALUAN,
A-04-2, Jalan Medan Pusat Bandar 5, 
Seksyen 9, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

PIN: https://goo.gl/maps/2SdV54Dgo892 (sila klik)



💵 Yuran PERCUMA termasuk makan tengahari



Kenali penceramah program
Dr Mohd Razali bin Maarof

Panelis program Kolokium Anjakan Daie Rabbani, anjuran HALUAN

Pengendali Kursus Pengucapan Awam anjuran HALUAN

Image may contain: 1 person, standing
Penceramah Seminar Mahligai Impian di UiTM Johor Kampus Segamat pada 28 Julai 2018

Image may contain: Razali Maarof

Image may contain: 15 people, including Razali Maarof, people smiling

Image may contain: Razali Maarof

Image may contain: 2 people, including Razali Maarof

Image may contain: 2 people, text

Dr Mohd Razali seringkali dipanggil oleh pelbagai agensi untuk mengendalikan program-program berbentu pemantapan kepimpinan organisasi.

📱 WhatsApp:

Abu Ubaidah | 013-8762640
Ilman | 011-1303 9026
Putri Nur Syuhada | 019-233 7628

Tentatif


Masa
Aktiviti
9.30 pagi
Pendaftaran, Lapor Diri
10.00 pagi
Taklimat penganjur
Disampaikan oleh En Abu ‘Ubaidah bin Sharudin
10.30 pagi
Slot Utama
Ceramah Motivasi
Disampaikan oleh Dr Mohd Razali bin Maarof
12.30 tengahari
Explorace
1.00 tengahari
Makan tengahari, solat zohor
2.00 petang
Bersurai