Tuesday, 11 October 2016

PERKHEMAHAN SEHATI SEJIWA KTDKL

Hulu Langat, 2 September 2016 – Rehlah anjuran mahasiswa KTDKL kali ini bertempat di Sungai Congkak Resort, Ulu Langat, Selangor pada 2 hingga 3 September 2016 yang disertai oleh semua mahasiswa KTDKL iaitu seramai 13 orang siswa, 4 orang siswi, dan seorang tetamu jemputan.
Perkhemahan selama 2 hari 1 malam ini bertujuan bersama-sama mendedahkan pelajar kepada dunia luar, membina ketahanan fizikal dan mental dan membentuk keyakinan diri. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap alam sekitar.   serta mengeratkan sillaturahim antara siswa dan pensyarah. Program ini telah dikendalikan sendiri oleh mahasiswa-mahasiswa KTDKL dan telah dirancang selama 3 minggu sebelum perkhemahan berlangsung.


Pada pukul 3.00 petang, kumpulan siswa yang pertama sampai, mula mengemaskan dan menyiapkan tapak perkhemahan yang sudah ditempah dengan membersihkan surau disebelah tapak perkhemahan dan menyiapkan kayu api. 2 jam selepas itu, kumpulan kedua siswa yang menaiki motor sampai ke lokasi diikuti dengan kumpulan ketiga yang ditugaskan membawa barang-barang perkhemahan. Sampai sahaja semua pelajar, aktiviti menyiapkan khemah dan tempat memasak terus dilakukan dan dibantu oleh pensyarah KTDKL

Seterusnya, pada pukul 5.00 petang adalah aktiviti mandi-manda di sungai sebelum para siwa-siswi bersedia untuk permainan “war game” pada pagi berikutnya. Pada malam sebelum “war game”, para siswa dan siswi di tugaskan untuk berjaga malam dan meronda kawasan perkhemahan mengikut kumpulan dan masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kumpulan yang sudah selesai rondaan dikehendaki menyiapkan bahan untuk permainan “war game”. Kemudian pagi berikutnya, selepas tamat sesi permainan “ war game”, para siswa diberi peluang merasai pengalaman menyembelih ayam.

Pada sebelah petang pula sebelum semua berangkat untuk pulang, permainan Explorace diadakan di sekitar tapak perkhemahan. Walaupun masa permainan agak terhad, tetapi mereka berpuas hati dengan aktiviti tersebut. Program di akhiri dengan sedikit tazkirah oleh Saudara Khairol Amry yang mengingatkan kita tentang ukhuwah serta batasan sebagai seorang muslim. Harapan saya program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa hadapan dengan lebih penambah baikan supaya kita boleh menjadi muslim yang mantap dan hebat, InshaaAllah.

Disediakan oleh,

Khairul Amirin bin Azman
Ko-Kurikulum (GSC 1411)
Semester 1 Sesi 2016

No comments:

Post a Comment