Hulu
Langat, 2 September 2016 – Rehlah anjuran mahasiswa KTDKL kali ini bertempat di
Sungai Congkak Resort, Ulu Langat, Selangor pada 2 hingga 3 September 2016 yang
disertai oleh semua mahasiswa KTDKL iaitu seramai 13 orang siswa, 4 orang
siswi, dan seorang tetamu jemputan.
Perkhemahan
selama 2 hari 1 malam ini bertujuan bersama-sama mendedahkan pelajar kepada
dunia luar, membina ketahanan fizikal dan mental dan membentuk keyakinan diri.
Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk menyampaikan rasa cinta terhadap
alam sekitar. serta mengeratkan
sillaturahim antara siswa dan pensyarah. Program ini telah dikendalikan sendiri
oleh mahasiswa-mahasiswa KTDKL dan telah dirancang selama 3 minggu sebelum
perkhemahan berlangsung.
Pada pukul 3.00 petang, kumpulan siswa
yang pertama sampai, mula mengemaskan dan menyiapkan tapak perkhemahan yang
sudah ditempah dengan membersihkan surau disebelah tapak perkhemahan dan
menyiapkan kayu api. 2 jam selepas itu, kumpulan kedua siswa yang menaiki motor
sampai ke lokasi diikuti dengan kumpulan ketiga yang ditugaskan membawa
barang-barang perkhemahan. Sampai sahaja semua pelajar, aktiviti menyiapkan
khemah dan tempat memasak terus dilakukan dan dibantu oleh pensyarah KTDKL
Seterusnya, pada pukul 5.00 petang adalah aktiviti
mandi-manda di sungai sebelum para siwa-siswi bersedia untuk permainan “war
game” pada pagi berikutnya. Pada malam sebelum “war game”, para siswa dan siswi
di tugaskan untuk berjaga malam dan meronda kawasan perkhemahan mengikut
kumpulan dan masa yang ditetapkan. Pada masa yang sama, kumpulan yang sudah
selesai rondaan dikehendaki menyiapkan bahan untuk permainan “war game”.
Kemudian pagi berikutnya, selepas tamat sesi permainan “ war game”, para siswa
diberi peluang merasai pengalaman menyembelih ayam.
Pada sebelah petang pula sebelum semua berangkat
untuk pulang, permainan Explorace diadakan di sekitar tapak perkhemahan.
Walaupun masa permainan agak terhad, tetapi mereka berpuas hati dengan aktiviti
tersebut. Program di akhiri dengan sedikit tazkirah oleh Saudara Khairol Amry yang mengingatkan kita tentang ukhuwah serta batasan sebagai
seorang muslim. Harapan saya program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa
hadapan dengan lebih penambah baikan supaya kita boleh menjadi muslim yang
mantap dan hebat, InshaaAllah.
Disediakan oleh,
Khairul Amirin bin Azman
Ko-Kurikulum (GSC 1411)
Semester
1 Sesi 2016