Di sini saya berkongsi mengenai Pengajian Diploma Sains Komputer di Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL)
Sebelum itu bolehlah kenali KTDKL dengan klik pautan ini :
http://tamanilmusemasa.blogspot.my/2016/03/kenali-ktdkl-2016.html
Apa itu bidang Sains Komputer?
Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C, C++ dan Java.
Sumber : Wikipedia
Siapa yang digalakkan masuk ke program Diploma Sains Komputer?
- Mereka yang meminati bidang kejuruteraan rangkaian sistam maklumat
- Mereka yang meminati bidang Teknologi Maklumat, Sistam Keselamatan Maklumat.
Objektif program Diploma Sains Komputer
- Untuk menghasilkan graduan professional yang boleh mengintegrasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat dalam menghasilkan produk perkhidmatan dan penyelidikan berkualiti untuk industri ICT di mana sahaja, samada dalam mahupun luar negara.
- Untuk melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah serta boleh bekerja secara berpasukan dalam menyumbang idea dan pengetahuan lebih mendalam di bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat melalui kebolehan berkomunikasi yang berkesan.
- Untuk melahirkan graduan yang cintakan ilmu pengetahuan dan berkebolehan dalam menggunakan kemajuan ICT untuk menjana dan meneroka peluang-peluang industri masa kini.
- Untuk melahirkan graduan yang beretika, berakhlak dan professional dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ICT yang terbaik kepada masyarakat umum.
Kod program :
JPT/BPP(K)1000-600/Q1340 Jld 2(7)
Status program :
Perakuan sementara
Peringkat pengajian :
Diploma
Kemasukan :
23 April 2016 (Kemasukan pertama)
18 Jun 2016 (Kemasukan kedua)
Jangka masa pengajian
2 tahun 6 bulan (5 semester panjang + 2 semester pendek)
Peluang pekerjaan
• Keselamatan Sistem Komputer
• Penganalisa Sistem
• Jurutera Perisian
• Jurutera Sistem Keselamatan
• Pentadbir Sistem
• Pentadbir Keselamatan Rangkaian
• Penganalisa Sistem Keselamatan
• Perunding Keselamatan
• Pengurus Projek
• Pengaturcara
• Pegawai Teknologi Maklumat
• PenyelidikSyarat kelayakan masuk :
- Lulus SPM dengan minima 3 subjek kredit (minima 3 subjek dengan keputusan gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik
- Lulus subjek Bahasa Inggeris (Minima keputusan gred E)
Struktur Yuran
- Yuran pendaftaran (Semester 1 sahaja) = RM 550
- Yuran pendaftaran (Selain semester 1) = RM 150
- Yuran proses penerimaan tawaran = RM 10
- Yuran pengajian = RM 4,000 / semester
- Yuran asrama = RM 150 / bulan
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
- Encik Abu 0192512250
- emel : abu.ubaidah@ktd.edu.my
- Pejabat : 0389124406 (10 pagi - 4 petang)
Lokasi
D-03-2 (Tingkat 2)
Plaza Paragon Point
Jalan Medan Pusat Bandar
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul EhsanD
No comments:
Post a Comment