Tuesday, 12 April 2016

Lokasi KTDKL

Assalamu'alaikum wrh wbt / Salam sejahtera



Saya ingin kongsikan sedikit mengenai lokasi Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) dengan anda semua.

Kenali KTDKL dengan klik pautan di ini : http://tamanilmusemasa.blogspot.my/2016/03/kenali-ktdkl-2016.html

Lokasi terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor



Jarak antara tempat-tempat berikut:

[Bank]

Bank berdekatan KTDKL di Pusat Bandar, Bandar Baru Bangi


1. Bank Islam Malaysia Berhad
Jalan kaki sejauh 1.1 km

2. Maybank



Jalan kaki sejauh 350 meter



3. CIMB Bank


Jalan kaki sejauh 550 meter
Pemanduan kereta sejauh 850 meter

4. Bank Simpanan Nasional (BSN)


Jalan kaki sejauh 400 meter




5. Affin Bank



Jalan kaki sejauh 800 meter



6. AmBank





Jalan kaki sejauh 400 meter



7. RHB Bank

Jalan kaki sejauh 350 meter



8. Bank Muamalat

Jalan kaki sejauh 400 meter



[Stesen Pengangkutan Awam]

1. Terminal Bersepadu Selatan (17km)




2. Hentian Bas Kajang (5.7 km)



3. Stesen KTM UKM (6.3 km)



4. Stesen KTM Kajang (8.4 km)



5. Stesen KTM Serdang (11.9 km)



6. Putrajaya Sentral (16.2 km)




7. Kuala Lumpur Sentral ( 25.1 km)



8. KLIA ( 44.1 km)



9. Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ( 37.3 km)




[Pasaraya Besar]

1. GIANT, Kompleks Warta Bangi (1.1 km)



[Shopping Mall]

1. Bangi Gateway (4 km)



2. PKNS Bangi (500 meter)



[Kemudahan Awam]

1. Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9

2. Pejabat Pos Laju

3. Pejabat Pos (Seksyen 16, Bandar Baru Bangi)

4. Perpustakaan Awam Hulu Langat

5. Taman Tasik Cempaka


Monday, 11 April 2016

Kenali IPTIP

Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP)

Pasti ada antara anda yang pernah dengar dan hadir ke tempat ini, mungkin ada antara anda inilah kali pertama tahu kewujudan Institusi ini.

Kesempatan ini, saya ingin kongsikan maklumat berkaitan IPTIP, mudah-mudahan membantu anda membuat pilihan untuk menyambung Diploma.


Untuk keterangan lanjut,
boleh hubungi mereka;
1. En Kamarudin bin Salim 0125071774
2. En Sahir bin Othman 0199425989
3. En Mohamad Adi bin Ismail 0124800402
4. En Mohamad Shafiq bin Shukur 0139945162

Layari laman sesawang rasmi
www.iptip.edu.my

No. telefon 049384801

Kongsi gambar dulu

Laluan ke IPTIP yang nyaman

Terletak di Jalan Guar Jentik, Beseri

Terletak bersebelahan SK Bukit Kedak

Papan tanda sebelum lorong masuk ke IPTIP

Lorong masuk kecil ke kiri jika dari Beseri

Laluan jalan raya ke IPTIP bertentangan benteng Empangan Tasoh


Papan tanda lama depan lorong sebelum masuk ke IPTIP

Laluan masuk dari Jalan Guar Jentik ke IPTIP

Pintu masuk IPTIP

Jalan masuk ke bangunan IPTIP daripada pintu masuk utama

Padang bola kering kontang akibat cuaca panas



Carta Aliran Kemasukan IPTIP

Jika anda menerima surat tawaran menyambung pengajian peringkat Diploma di IPTIP, sila semak surat tawaran serta tarikh lapor diri.



Sila hantar borang pengesahan, kiriman wang pos bernilai RM 10.00 & salinan keputusan SPM,
kepada IPTIP di alamat seperti hadapan sampul surat tawaran

Kemudian, 
Uruskan permohonan wang pendahuluan kemasukan IPT di Majlis Agama Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Yayasan Negeri masing-masing

Sebelum bertolak untuk mendaftar pada hari pendaftaran, 
Sediakan dokumen yang disahkan untuk Hari Pendaftaran
Sila rujuk Borang Senarai Semak.
Hal ini bagi memudahkan proses permohonan pembiayaan pengajian daripada Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan Negeri, PTPTN atau KWSP

Sunday, 10 April 2016

Diploma Sains Komputer KTDKL

Assalamu'alaikum wrh wbt / Salam sejahtera

Di sini saya berkongsi mengenai Pengajian Diploma Sains Komputer di Kolej Teknologi Darulnaim Kuala Lumpur (KTDKL)

Sebelum itu bolehlah kenali KTDKL dengan klik pautan ini :
http://tamanilmusemasa.blogspot.my/2016/03/kenali-ktdkl-2016.html

Apa itu bidang Sains Komputer?

Sains komputer (computer science) secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian.Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains. Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak.Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik perhatian serta tempat yang meluas dalam industri. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah CC++ dan Java.

Sumber : Wikipedia


Siapa yang digalakkan masuk ke program Diploma Sains Komputer?

  • Mereka yang meminati bidang kejuruteraan rangkaian sistam maklumat
  • Mereka yang meminati bidang Teknologi Maklumat, Sistam Keselamatan Maklumat.
Objektif program Diploma Sains Komputer
  • Untuk menghasilkan graduan professional yang boleh mengintegrasikan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat dalam menghasilkan produk perkhidmatan dan penyelidikan berkualiti untuk industri ICT di mana sahaja, samada dalam mahupun luar negara.
  • Untuk melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah serta boleh bekerja secara berpasukan dalam menyumbang idea dan pengetahuan lebih mendalam di bidang Keselamatan dan Jaminan Maklumat melalui kebolehan berkomunikasi yang berkesan.
  • Untuk melahirkan graduan yang cintakan ilmu pengetahuan dan berkebolehan dalam menggunakan kemajuan ICT untuk menjana dan meneroka peluang-peluang industri masa kini.
  • Untuk melahirkan graduan yang beretika, berakhlak dan professional dalam menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ICT yang terbaik kepada masyarakat umum.


Kod program :
JPT/BPP(K)1000-600/Q1340 Jld 2(7)

Status program :
Perakuan sementara

Peringkat pengajian :
Diploma

Kemasukan :
23 April 2016 (Kemasukan pertama)
18 Jun 2016 (Kemasukan kedua)

Jangka masa pengajian
2 tahun 6 bulan (5 semester panjang + 2 semester pendek)

Peluang pekerjaan
• Keselamatan Sistem Komputer
• Penganalisa Sistem
• Jurutera Perisian
• Jurutera Sistem Keselamatan
• Pentadbir Sistem
• Pentadbir Keselamatan Rangkaian
• Penganalisa Sistem Keselamatan
• Perunding Keselamatan
• Pengurus Projek
• Pengaturcara
• Pegawai Teknologi Maklumat
• Penyelidik


Syarat kelayakan masuk :

  • Lulus SPM dengan minima 3 subjek kredit (minima 3 subjek dengan keputusan gred C) termasuk subjek Bahasa Melayu dan Matematik
  • Lulus subjek Bahasa Inggeris (Minima keputusan gred E)


Struktur Yuran
  • Yuran pendaftaran (Semester 1 sahaja) = RM 550
  • Yuran pendaftaran (Selain semester 1) =  RM 150
  • Yuran proses penerimaan tawaran = RM 10
  • Yuran pengajian = RM 4,000 / semester
  • Yuran asrama = RM 150 / bulan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;

Pendaftaran online, sila klik e-sas.ktd.edu.my

Lokasi
D-03-2 (Tingkat 2)
Plaza Paragon Point
Jalan Medan Pusat Bandar
Seksyen 9
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul EhsanD