Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah program tahunan anjuran HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia) iaitu,
Kursus Jati Diri dan Kesukarelawanan Remaja (JDK)
Program ini telah diadakan sejak tahun 2009, dan kini sudah 6 kali penganjurannya. InsyaAllah bulan depan (Disember 2015) akan diadakan lagi program JDK ini di beberapa tempat seluruh Malaysia; 4 di Semenanjung, 1 di Sabah (Borneo).
Program ini khusus buat lepasan calon SPM. Kepada ibu bapa, waris, penjaga, guru-guru yang inginkan proses pendidikan berjalan seusai calon SPM tamat peperiksaan, bolehlah mendaftarkan mereka sebagai peserta.
Saya secara peribadi telah terlibat sejak dari awal penganjurannya dan di sini antara tempat saya dapat meningkatkan kemahiran diri saya, menambahkan sahabat saya, memantapkan kefahaman saya mengenai Deen Islam, dan melatih sifat kesukarelawanan saya di dalam masyarakat.
Layari www.jdk.haluan.org.my untuk maklumat lanjut mengenai program ini. Jumpa anda di sana nanti
Poster program JDK di Sabah
No comments:
Post a Comment