Monday, 30 November 2015

MESRA HALUANSiswa 2015

Assalamu'alaikum wrh wbt

Program tahunan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Wilayah Tengah, Majlis Erat Silaturrahim (MESRA) 2015 telah diadakan di Ibu Pejabat HALUAN, Bandar Baru Bangi, Selangor dalam bulan Ramadhan yang lepas.

Program ini mengumpulkan mahasiswa yang baru memasuki alam IPT sekitar Wilayah Tengah; Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Cyberjaya.



Saudara Taufiq Mat Nasir memberikan penerangan program




Saudara Khairol Amry bin Shuhaimi

Bersama Ustaz Ahmad Solahuddin bin Zulkifli




Gambar kenangan kutipan Tabung Prihatin Palestin dan Syria di bazar Ramadhan


Smart Maths SPM 2015 di SMIK

Assalamu'alaikum wrh wbt

HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) Bandar Baru Bangi telah mengadakan program Ceramah Smart Maths untuk calon SPM 2015 di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor pada 19 Oktober 2015 yang lalu.

Program ini dikendalikan oleh Cikgu Sharudin bin Ramli (CSR).








Peserta bergambar kenangan bersama penceramah

YEAY untuk pelajar sekolah rendah

Assalamu'alaikum wrh wbt

Program "Young English Active Day" (YEAY!) anjuran Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) Bandar Baru Bangi telah diadakan pada 19 dan 20 September 2015 yang lalu.

Program ini dibantu oleh beberapa sukarelawan HALUANSiswa dan dikendalikan oleh Sir Irwan Affendi.



Sesi Pembentangan Individu

Sesi Pembentangan Individu

Sesi Pembentangan Individu

Sesi Pembentangan Individu

Sesi Gambar Kenangan bersama Ketua Eksekutif, Encik Nordin bin Endut

Saturday, 28 November 2015

HALUANSiswa di SAMSMEL 2015

Assalamu'alaikum wrh wbt

Program Ice-breaking dan Team Building di Sekolah Agama Menengah Sg Merab Luar (SAMSMEL) Selangor dikendalikan oleh Fasilitator HALUANSiswa baru-baru ini ketika pelajar Tingkatan 3 sedang menduduki PT3.

Peserta dari Tingkatan 1 dan 2 telah menyertai program ini.








Bengkel Add Maths Bangi 2015

Assalamu'alaikum wrh wbt

Program Bengkel Matematik Tambahan khusus untuk calon SPM 2016 di Bandar Baru Bangi, Selangor berlangsung pada 26 hingga 27 November 2015.

Program dikendalikan oleh Kelab Guru HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur ini disertai oleh 51 orang peserta dari pelbagai buah sekolah.

Antara peserta adalah daripada Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Ma'ahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis, SMKA Hamidiah Kajang, SMK Sri Serdang, dan banyak lagi.

Program ini dibantu oleh urusetia HALUANSiswa sekitar Bangi. 








Penyampaian hadiah kepada peserta cemerlang perempuan


Gambar kenangan peserta bersama Ketua Eksekutif KTDKL, Encik Nordin bin Endut

Wednesday, 25 November 2015

Procast Selangor 2015

Assalamu'alaikum wrh wbt

HALUANSiswa membantu menjayakan Program Cemerlang Akademik & Sahsiah Terpuji (Procast) Peringkat Negeri Selangor

Program bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor ini disertai lebih 110 orang peserta.

Program ini telah berlangsung dari 21 hingga 24 November 2015 yang lalu.

Program ini anjuran HALUAN, Masjid An Naim dan Sekolah Menengah Ibnu Khaldun.




Explorace


Aktiviti LDK di Surau



KMK dan KASEH di Bangi

Assalamu'alaikum wrh wbt

Program remaja di Bandar Baru Bangi sempena cuti akhir tahun persekolahan 2015

Kem Minda Kreatif (KMK)
Untuk pelajar tahun 6 hingga tingkatan 4

Kem Anak Soleh (KASEH)
Untuk adik-adik tahun 1 hingga 6

Program anjuran bersama HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL)


Kem akan dikendalikan abang Khairol Amry bin Shuhaimi, sukarelawan HALUANSISWA


Program akan bermula seawal jam 9.00 pagi bagi memberi peluang ibubapa singgah menghantar anak-anak sebelum menuju ke tempat kerja.



Saturday, 21 November 2015

Kem Minda Kreatif 2015 anjuran HALUAN

Assalamu'alaikum wrh wbt

Anda mencari kem jati diri untuk anak anda?

Anda ingin menambah kenalan rakan sebaya di musim cuti sekolah?

Anda ingin mengisi masa lapang cuti sekolah anak-anak dengan program mendidik jiwa?

Anda ingin melihat anak-anak anda membesar sebagai sukarelawan untuk masyarakat?

Jom hantar mereka ke program tahunan, Kem Minda Kreatif (KMK) 2015 anjuran Kelab Remaja HALUAN.


KMK di Kem Merbok Indah, belakang Balai Polis Merbok, Kedah.

Kawasan kem mempunyai anak sungai yang sejuk, mengalir jernih, tapak kem yang sesuai untuk membina jati diri remaja masa kini.

Yuran berpatutan, cuma RM68 seorang


Kem di kawasan PLKN Bukit Besar, Kulim, Kedah. Untuk warga Pulau Pinang.

Program November dan Disember 2015 untuk pelajar sekolah menengah

SEMAI VII anjuran HALUAN

Assalamu'alaikum wrh wbt


Prof Dato' Dr Ahmad Yusoff Hassan, USM sedang menyampaikan ucaptama

Prof Emeritus Dato' Dr Abu Azam Md Yassin sedang menyampaikan ucapan perasmian

Seminar Pembangunan Modal Insan kali ke-7 (SEMAI VII) dan Seminar Siswazah kali ke-2 anjuran bersama Biro Pengajian Tinggi HALUAN, Kolej Teknologi Darulnaim Pengkalan Chepa, Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIP) & Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) pada 16 November 2015 yang lalu.

Presiden HALUAN sedang menyampaikan ucapan penutup


Program bertempat di Plaza Paragon Point, Bandar Baru Bangi


Pengerusi majlis, Saudara Saiful Islam Izraai



Penyampaian cenderamata