Saturday, 30 September 2017

Misi Kemanusiaan Banjir Segamat Johor 2017








Contoh Laporan program untuk PESAT

Sukarelawan banjir menabur bakti di Segamat

Segamat, 29 Januari 2017 – Program Misi Kemanusiaan Pasca Banjir Segamat anjuran KTDKL dan HALUANSiswa ini telah dilaksanakan di Kg Sermin, Segamat, Johor yang disertai oleh seorang pengiring pensyarah, dua orang wakil sukarelawan HALUANSiswa dan 4 orang mahasiswa KTDKL.
Image may contain: 17 people, people smiling, outdoor
Gambar 1: Peserta bergambar kenangan sebelum pulang

Program satu hari ini bertujuan membantu masyarakat setempat yang dilanda musibah banjir dalam membersihkan kawasan rumah dan balai raya.

Bertepatan dengan ayat 2 dari surah Al-maidah yang bermaksud: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya"

Petikan Hadits Rasulullah SAW yang bermaksud: Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Antara hadits yang lain juga yang bermaksud:
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam (menjalin) cinta dan kasih sayang di antara mereka bagaikan tubuh yang satu, apabila ada anggota (tubuh) yang merasa sakit, maka seluruh anggota yang lainnya merasa demam dan tidak bisa tidur." Hadits Riwayat Muslim

Perjalanan bermula seawal jam 12.00 tengahmalam di mana peserta bergerak ke Kajang untuk mengambil barang sumbangan masyarakat kepada mangsa banjir dan seterusnya ke Ampang, Kuala Lumpur untuk mengambil pakaian rasmi sukarelawan.

Sekitar jam 3.00 pagi, peserta mula bertolak dari Bangi ke UiTM Segamat. Kira-kira jam 6.00 pagi, peserta selamat tiba di Pusat Islam Masjid Asy-Syakirin UiTM Segamat dan menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Image may contain: 13 people, people smiling, shoes
Gambar 2: Peserta bergambar sebelum bertolak ke Kg Sermin

Bermula jam 9.00 pagi, peserta bertolak ke warung berhampiran untuk bersarapan pagi. Sekitar jam 10.00 pagi, peserta berkumpul di lobi untuk sesi suai kenal, taklimat dan heart-setting oleh Timbalan Naib Canselor UiTM Segamat dan UiTM Alor Gajah. Sekitar jam 11.00 pagi, semua ahli rombongan sukarelawan daripada HALUANSiswa, KTDKL, UiTM Segamat, UiTM Alor Gajah dan UiTM Jasin bertolak ke Kg Sermin dengan menaiki kenderaan rombongan masing-masing, iaitu 2 buah bas dan 3 buah kereta.

Image may contain: one or more people and outdoor
Gambar: Pasukan BOMBA bersiap untuk pulang selepas kerja-kerja pembersihan dilakukan

Setibanya peserta di Kg Sermin, peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan akitviti pembersihan, antaranya Balai raya, Surau dan rumah-rumah penduduk kampung. Peserta disediakan sarapan pagi oleh penduduk kampung sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas bantuan yang diberikan. Pasukan BOMBA juga turut hadir membantu dalam menjayakan aktiviti pada hari ini.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and outdoor
Gambar : Sarapan pagi yang disediakan


Peserta berehat seketika untuk solat pada waktu Zohor dan meneruskan aktiviti gotong-royong ke rumah salah seorang penduduk yang ditenggelami air sehingga paras bumbung. Selepas solat Zohor, peserta berkesempatan untuk sama-sama tilawah Al-Quran dan mendengar tazkirah.

Image may contain: 1 person, sitting, shoes, basketball court and child
Gambar: tazkirah selepas Solat Zohor

Image may contain: one or more people, outdoor and nature
Gambar : keadaan rumah penduduk kampung yang ditenggelami air sehingga paras bumbung

Image may contain: one or more people, people sitting, table and outdoor
Gambar : keadaan rumah penduduk kampung yang ditenggelami air sehingga paras bumbung

Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh wakil-wakil ketua rombongan. Walaupun masa agak terhad, hasil komentar dari para peserta menunjukkan mereka berpuas hati malah turut mencadangkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan di tempat-tempat yang lain juga. Harapan saya semoga para peserta terus membina kekuatan diri menerusi aktiviti-aktiviti dan program-program yang sebegini dalam usaha menjadi muslim sehebat para sahabat Rasul SAW, insyaAllah.


Image may contain: 5 people, people standing and outdoor
Gambar : Wakil rombongan dan penduduk kampung


Disediakan oleh,
[Nama]
[No Kad Pengenalan]
Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PST 1021)
Semester 2 Sesi 2016/2017
Nama Pensyarah : Nurul ‘Izzah Baharudin

Senarai nama ahli rombongan
Muhammad aidil ioyn levir [940727-13-5011]
Ahmad najmi bin mohd azmi [980308-11-5901]
Muhammad Fittry Aqshah Bin Normat (980130-01-6673]
Muhammad jundullah bin ramadhan [980909-14-5591]