Thursday, 31 December 2015

Syabab Alquran untuk Lepasan SPM 2015


Program untuk lepasan SPM 2015 di seluruh Malaysia.

Manfaatkan masa lapang bersama Program Syabab Alquran di IPTIP, Perlis mula awal Januari 2016 hingga April 2016.

Yuran bulanan RM 250.

Smart Maths KTDKL & HALUAN 2015

Assalamu'alaikum wrh wbt

Program Smart Maths anjuran bersama KTDKL dan HALUAN di Bandar Baru Bangi minggu ini dikendalikan oleh Cikgu Sharudin Ramli.

Program adalah seperti berikut,
A) Calon SPM 2016
Tarikh : 28 Dis 2015
Bilangan peserta : 17 orang
Antara pelajar sekolah yang terlibat,
1. MATRI, Perlis
2. Sek Men Ibnu Khaldun, Shah Alam
3. MASDAR, Changloon, Kedah
4. SMK Bandar Sg Buaya, Rawang
5. SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi

B) Calon PT3 2016
Tarikh : 29 Dis 2015
Bilangan peserta : 16 orang
Antara pelajar sekolah yang terlibat,
1. MATRI, Perlis
2. Sek Men Ibnu Khaldun, Shah Alam
3. MASDAR, Changloon, Kedah
4. STAR, Ipoh
5. SMK Jalan 3, Bandar Baru Bangi

C) Calon Tingkatan 1, 2016
Tarikh : 30 Dis 2015
Bilangan peserta : 3 orang


Peserta calon PT3

Program dikendalikan oleh guru berpengalaman

Makan tengahari di Restoran, Nasi Tomato

Peserta calon SPM 2016 menjamu selera


Peserta memberi fokus yang baik


Peserta calon PT3 2016 bergambar kenangan

Peserta lepasan UPSR 2015


JDK 2015 melabuhkan tirai

Assalamu'alaikum wrh wbt

Kenangan bersama warga KURSUS JATI DIRI & KESUKARELAWANAN REMAJA (JDK) 2015 pasti sukar dilupakan.

Program selama 20 hari anjuran bersama HALUAN, JAKIM, KTD, KTDKL dan IPTIP ini telah tamat pada 31 Disember lalu.

Pelbagai aktiviti telah dilalui oleh para peserta di pelbagai zon.

Makanan dalam talam untuk dikongsi bersama

Aktiviti yang dinanti-nanti, makan tengahari

Aktiviti riadah work out dikendalikan oleh Encik Hamdan Salleh

Khusyuk mendengar sesi perkongsian oleh Tn Hj Yusman Nawazir

Bengkel dikendalikan oleh Tn Hj Yusman untuk slot HALUAN Fitrah

Perkongsian pengalaman menerima kefahaman Islam ketika di kampus bersama HALUANSiswa

Penyampaian oleh Tn Hj Rosdi Baharom di JDK Zon Tengah

LDK peserta di Zon Timur dalam Modul Anjakan Paradigma

Peserta Zon Timur belajar kemahiran elektrik

Peserta lelaki juga berbakat dalam aktiviti memasak

"Mari cuba rasa masakan kami"

Aktiviti memasak di Bangi

Bersedia melalui modul rekreasi di Ulu Perdik

Perbarisan sebelum memulakan aktiviti gotong royong di Sg Lui

Sembang santai bersama penduduk kg Sg Lui

Ketibaan mereka di sambut oleh ahli HALUAN

Berkhemah di Ulu Perdik

Gotong-royong di Kg Sg Lui oleh peserta JDK Tengah

Makan di kampung Sg Lui sebelum memulakan modul khidmat masyarakat

Aktiviti memasak di dalam hutan Ulu Perdik

Berkampung di Ulu Perdik, JDK Zon Tengah

Sesi Penutup di Sg Lui, Hulu Langat

Makan malam hari pertama di Kem Bumi Jati, selepas tamat program di Hulu Langat

Modul Khidmat Masyarakat di Sg Lui, Hulu Langat

Perasmian penutup Zon Tengah di Kem Bumi Jati, Shah Alam

Taklimat kemahiran elektrik oleh Encik Megat Saidi Nik Ngah

Surat khabar Sinar Harian, 31 Disember 2015, JDK Zon Timur


Monday, 30 November 2015

MESRA HALUANSiswa 2015

Assalamu'alaikum wrh wbt

Program tahunan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) Wilayah Tengah, Majlis Erat Silaturrahim (MESRA) 2015 telah diadakan di Ibu Pejabat HALUAN, Bandar Baru Bangi, Selangor dalam bulan Ramadhan yang lepas.

Program ini mengumpulkan mahasiswa yang baru memasuki alam IPT sekitar Wilayah Tengah; Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Cyberjaya.



Saudara Taufiq Mat Nasir memberikan penerangan program




Saudara Khairol Amry bin Shuhaimi

Bersama Ustaz Ahmad Solahuddin bin Zulkifli




Gambar kenangan kutipan Tabung Prihatin Palestin dan Syria di bazar Ramadhan


Smart Maths SPM 2015 di SMIK

Assalamu'alaikum wrh wbt

HALUAN dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim Cawangan Kuala Lumpur (KTDKL) Bandar Baru Bangi telah mengadakan program Ceramah Smart Maths untuk calon SPM 2015 di Sekolah Menengah Ibnu Khaldun, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor pada 19 Oktober 2015 yang lalu.

Program ini dikendalikan oleh Cikgu Sharudin bin Ramli (CSR).








Peserta bergambar kenangan bersama penceramah